27 November 2008

Vanilla Cupcakes

Vanilla cupcake yang saya buat petang tadik. Bahan yang simple dan cara yang mudah. Kalau rajin, boleh juga deco supaya nampak menarik. Adunan ini boleh dapat 12 pcs.

Vanilla Cupcakes

Bahan-bahan :-
175 gm mentega tanpa garam atau marjerin
175 gm gula kastor
175 gm tepung naik sendiri
3 biji telur
1 sdt esen vanila

Cara-cara :-
1. Panaskan oven pada suhu 180'C.
2. Tuang ke semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar dan adun dengan menggunakan mixer selama 3-4 minit.
3. Menggunakan sudu atau ice cream scoop, sendukkan ke dalam papercup.
4. Bakar selama 20-30 minit atau sehingga masak.

Sayur Campur

Masak sayur campur nie untuk lunch tadik gu dgn asam pedas tumis yang masak semalam. Harinie tak nak masak banyak sebab bos takde rumah outstation..membazir kan..kan..hehehe..
ada plak ulam pegaga dengan pucuk janggus yg dipetik kat belakang tu cuma sayang takde sambal belacan je..petang plak cadang nak buat bubur kacang je.


26 November 2008

Kebaikan HALBA





Rasulullah saw bersabda :-
" Sekiranya umatku tahu akan kelebihan HALBA nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ".

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib.
Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas.
Baginda mengesyorkan agar Saad makan HALBA dan Korma Ajwa'.
Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :-
" Gunakanlah Halba sebagai ubat "
-------------------------------------------------------------
::
::
KEGUNAAN HALBA

1. Diminum sebagai teh untuk

  • Melancarkan haid
  • Menghilangkan kembung, sebu dan senak
    Pencuci perut
  • Menguatkan jantung
  • Menghilangkan lender tekak
  • Melegakan sakit kepala & migrain
  • Membuang angin
  • Menyembuhkan buasir
  • Senggugut
  • Merangsang rahim
  • Kegemukan
  • Kurang berat badan
  • Mengawal kencing manis
  • Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba & Madu

  • Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
  • Anemia
3. Untuk anak-anak yang baligh
  • Kecergasan
  • Kekuatan badan
  • Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
  • Banyakkan air susu
5. HALBA juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita. Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. HALBA merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad [Hippocrates] iaitu bapa perubatan Yunani.



:: award ::

Alahai...cutenyerrrr...hadiah nie dapat dari adik syazwaniadnan..student yang rajinnnnn baking! Terima kasih yea wani, sudi panjangkan hadiah nie utk akak plak..


Syarat award ni seperti berikut yer :-

1. Sape yang dapat award ni leh letak kat blog memasing.
2. Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang.
3. Bagi award ni kat 7 orang bertuah.
4. Tinggalkan ia mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kt orang tu.

Jadi, mangsa saya seterusnya ialah >> kak jun, diba, kak hanieliza, ah mat gebu, ninoZ, yusnina dan kak ummi. hehehehe...

25 November 2008

Chocolate Peanut Butter Kisses

Cuba resepi nie tadi, kebetulan bahan-bahan semua ada. Lagipun nak perabiskan stok peanut butter tu. Godek resepi kat buku terjumpa dengan resepi nie. Biskut nie manis sket pada tekak saya tapi kira ok lah sebab guna brown sugar tapi eii..tak boleh..still manis! hehehe..


Chocolate Peanut Butter Kisses

Bahan-bahan :-
225 gm light brown sugar
115 gm mentega tanpa garam
1 sdt vanila ekstrak
1 biji telur, dipukul
140 gm crunchy peanut butter
2 sdb susu
280 gm tepung gandum
1 sdt serbuk penaik
85 gm plain chocolate chips

Cara-cara :-
1. Panaskan oven 190'C. [Ikut suhu oven masing-masing].
2. Satukan gula, mentega, vanila dan telur di dalam sebuah mangkuk dan pukul sehingga lembut. Masukkan peanut butter dan susu, pukul lagi.
3. Ayak tepung dan serbuk penaik. Tuang ke dalam adunan.
4. Masukkan chocolate chips dan gaul sehingga sebati.
5. Cubit dan uli adunan menjadi bebola atau sudukan dengan sudu pun boleh kemudian tekan dengan garfu/sudu sedikit. Susun di atas loyang pembakar dan bakar sehingga masak kekuningan. Sejukkan di atas redai dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.

24 November 2008

Lunch di Teluk Kumbar

Pada 22 Nov 2008 hari Sabtu lepas kami sekeluarga ramai-ramai pergi makan kat satu restoran di Teluk Kumbar. Restoran nie bersebelahan dengan Salwa Mee Udang yang famous tuh. My husband memang syiokkk dgn lauk kari ikan semilang! Kebetulan cuti sekolah, jadik ramai anak menantu balik kan. Lauk pauk yg kami order memang sedap-sedap. Kira puas hati sungguh lah. Kami tempah 2 meja bulat. Antara hidangannya ialah kari ikan semilang, kari ikan jenahak, ikan siakap masak steam asam boi, sambal udang, siput,ketam, ulam-ulaman dan sambal belacan dan sayur taugeh. Semuanya licin! hehehe..So kepada sesiapa yang bercuti di Pulau Pinang, jangan lupa singgah di restoran ini yea. Lepas makan boleh jalan-jalan di tepi pantai pulak atau boleh beli ikan atau udang yang freshhh dari peraih situ!





Cucur Udang Geragau

Masa balik ke Penang baru-baru nie mak sempat pegi 'tangkap' udang geragau nie kat pasar..hehehe..udang nie bermusim jugak, sebab kadang-kadang amat sukar nak perolehi. Kalau ada pun dah jadi trend rebut-rebut makcik-makcik kat pasar tuu..kebetulan haritu ada, so belilah sebab memang teringin nak makan pun. Cucur nie simple saja cara nak buat dia. Basuh bersih udang, buang kotoran pada udang-udang tu, bilas kemudian bancuh laa tepung. Tepung pun agak-agak je kira nak bagi melekat laa. Pastu garam, jintan sket dan serbuk kunyit sket.




21 November 2008

Blueberry Muffins

Cuba buat muffin ni sebab teruja sangat dengan feedback kengkawan forum. Ramai yang puji muffin ni sedap, dan paling best mudah. Betul! Memang mudahpun..nak bancuh adunan ni pun lebih kurang 5 minit mcm tu. Resepi ni disumbangkan oleh Sankuriang yang beliau perolehi dari internet juga.

Kim’s Moist Muffin

Bahan-bahan :-
220 gm tepung naik sendiri
½ - ¾ cwn minyak sayuran
¾ cwn buttermilk atau susu biasa
½ - ¾ cwn gula kastor
1 biji telur, dipukul
1 sdt esen vanilla
150 gm flavourings [pisang, frozen blueberi/raspberry, choc bits, grated epal dsb]

Cara-cara :-
1. Panaskan oven 180’C. Griskan loyang muffin.
2. Gaul sebati semua bahan kering.
3. Gaul sebati semua bahan basah dan campurkan dgn bahan kering.
4. Masukkan flavouring dan gaul sehingga sebati.
5. Tuang ke dalam loyang muffin dan bakar selama 15-20 min atau sehingga masak.

Nota :-
Resepi asal dalam bahasa inggeris tapi saya translate ikut apa yang saya faham lah. Selamat mencuba!

Bihun Singapore

Goreng bihun nie untuk breakfast. Meriah betoi dengan udangnya, sotongnya..hehehe..tapi yg kurenggg is tak dak plak sambal atau cili jeruk! Kalau takkk..hmmm...ekekeke..


20 November 2008

Apple Crumble





Apple Crumble
sumber : Chanel2004
::
Bahan-bahan :-
4 biji epal hijau, kupas kulit dan potong dadu
4 sdb gula perang
1 sdt serbuk kulit kayu manis
50 gm kismis/mixed fruits
::
Cara-cara :-
1. Gaul kesemua bahan-bahan di atas dan tuang ke dalam bekas caserol tahan panas. Ketepikan dan bolehlah dipanaskan oven 180'C. [Saya masak sekejap epal nie dengan sedikit air sehingga epal lembut dan air kering dan kemudian baru tuang ke dlm bekas]
::
::
Crumble/Topping :-
100 gm tepung gandum
50 gm tepung naik sendiri
2 sdb tepung kastad
30 gm serbuk badam [ground almond] <-- tak letak sbb takde
150 gm mentega sejuk, potong dadu
120 gm gula
::
Cara-cara :-
1. Satukan 2 jenis tepung, tepung kastad dan serbuk badam.
2. Masukkan mentega sejuk tadi dan ramas dengan tangan sehingga menjadi 'crumb'.
3. Masukkan gula dan gaul sebati.
4. Sudukan 'crumb' tadi ke atas epal [jgn tekan] sehingga rata dan menutupi keseluruhan epal dan bakar selama 30 min - 45 min atau sehingga bahagian atas menjadi perang keemasan. Bakar dengan api bawah sahaja.
5. Keluarkan dan sejukkan. Sedap juga dihidangkan bersama ais krim vanila.

13 November 2008

Nothing Special..

Tidak ada apa satu masakan pun harinie [tutup dapo jap] hehehe..CUMA harinie kukus pulut kuning sahaja..jadiklaa kan..malas nk buat kek sebab beberapa hari lepas dah buat kek coklat moist masa adik datang haritu. Cadang pulut tu nak makan dengan kari ayam/daging tapi tak sempat nak tangkap ayam plak harinie dan akhirnya pergi tangkap kari kat kedai aje..ekekeke..
tak kisahlah tak ori pun janji inisiatif tuu ada! wahhhh...
Kebetulan ada kawan nak datang hantar puding raja..my feberet nih! pisang lemak manis tuu plak ada sedara dia hantar dari Pekan..so apalagik, kira rezeki besday laa nie kan..hehehe..dia pun tak tahu harinie hari jadi saya, masa nk tapaukan pulut kuning tuu dia dah syak something..so bagitau je lah..right timing laa dia datang pun..hehehe..

puding raja

pulut kuning


Happy Birthday To Me!




Alhamdulillah, akhirnya saya diberi kesempatan untuk menyambut hari lahir saya pada hari ini. Syukur Allah masih panjangkan umur saya. Pada hari ini, saya berdoa semoga Allah berkati hidup saya dunia akhirat, sentiasa murahkan rezeki dengan rezeki yang halal, diberi kehidupan yang bahagia dan dipermudahkan segala-galanya..amin..

04 November 2008

award


Award Hard Working Food Blogger yang diterima dari Kak Jun Yummyliciuos!
Thanks Kak Jun..

Buah Dabai

Pernah tengok buah ini?? Namanya Buah Dabai. Saya pun pertama kali juga nampak buah ini. Buah ini datang khas dari Sarawak. Di semenanjung memang tak ada. Caranya nak makan pun agak unik. Basuh bersih buah ini kemudian rendam di dalam air suam lebih kurang 10-15 min sehingga 'masak'. Masak bermaksud buah ini akan lembut berbanding kalau tidak direndam. Kemudian boleh sapu dengan minyak kemudian dijemur ataupun terus gaul dengan kicap dan gula [menyicah]. Sedapppp! Rasa lemak-lemak gitu. Buah ini saya dapat dari seorang kenalan suami. Kenalan tu pulak dapat dari kenalannya yang berasal dari Sarawak dan kebetulan mempunyai dusun buah dabai ini. Buah ini pun ikut gred jugak. Yang saya dapat ini kategori gred A. Buah ini kalau tengok dari segi rupa seakan-akan macam buah keriang [biasa di belah-belah utara banyak la] tapi biji buah dabai nie pulak berbentuk mcm buah kana [segitiga].