Showing posts with label Aneka Sup. Show all posts
Showing posts with label Aneka Sup. Show all posts

02 May 2009

Sup Cendawan Dan Roti Bawang Putih




Beberapa hari kebelangan ini, tekak ni terasa nak makan sup cendawan berkrim dengan roti bawang putih. Nak pergi restoran rasa berat punggung dan malas sangat. Kebetulan masa pergi Tesco 2-3 hari lepas, ternampak sebungkus cendawan butang putih dan roti perancis. Dalam hati berkira-kira nak buat sup cendawan tapi tak tahu bila. Tapi tak mengapa, apa pun capai jugak cendawan tu dan bawa balik utk disimpan dalam peti ais. Tak lupa juga sapuan untuk roti bawang putih.
Kebetulan hari ini lepas balik dari The Mall, perut dah mula meragam. Dalam fikiran cuma ingat nak sediakan yang senang dan cepat sahaja. Roti perancis tu dah saya hiris siap-siap pagi tadi dan simpan dalam bekas. Macam tahu-tahu pulak petang nanti dah ada rancangan. Hehehe..
Setelah dihiris dan disapu dengan sapuan bawang putih, saya bakar sekejap sehingga garing dan ketepikan. Masa utk sediakan supnya pula. Resepi seperti di bawah.

SUP CENDAWAN BERKRIM

Bahan-bahan :-
2 biji bawang besar kuning, didadu
150 gm cendawan butang putih segar, dihiris
2 sdb tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
3 cwn susu UHT
garam
1 sdt serbuk lada hitam
1 sdb mentega/marjerin
minyak masak

Cara-cara :-
1. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak dan mentega. Cairkan mentega kemudian masukkan bawang yang telah didadu. Kacau bawang sehingga layu dan agak kekuningan. Jangan sampai garing, perlahankan api.
2. Masukkan cendawan dan kacau sehingga terbit air dan cendawan layu.
3. Tuang susu ke dalam periuk diikuti kiub pati ayam. Biar mendidih sekejap kemudian perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
4. Dengan menggunakan hand blender, blend sup tadi tetapi pastikan jangan sampai cendawan hancur. Blend sekejap sahaja sudah memadai. Biarkan sup mendidih dan pekat, bolehlah ditutup api dan dihidangkan dengan kepingan roti bawang putih.

30 October 2008

Sup Tulang

SUP TULANG

Bahan-bahan :-
500 gm tulang daging [boleh juga campur apa2 sahaja bahagian lain spt lutut,limpa dsb]
1 sdb rempah sup
1/2 sdb rempah kurma
1 kiub pati ayam
1 sup bunjut
1 sdt lada hitam biji
1 pokok daun sup, dikerat 3 bahagian [jgn buang akarnya]
garam

Bahan A :- [dimesin halus]
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 “ halia

Bahan B :-
Minyak utk menumis
5 ulas bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
1 “ halia, dihiris
1 ikat daun pandan

Cara-cara :-
1. Basuh bersih tulang daging kemudian masukkan ke dalam periuk diikuti air yang secukupnya. Letak di atas api dan biarkan seketika.
2. Masukkan bahan A, rempah sup dan rempah kurma ke dalam periuk. Kacau-kacau kemudian masukkan kiub bati ayam dan daun sup. Untuk sup bunjut biasanya saya buka ikatan bunjut tadi dan bahan-bahan itu saya goreng tanpa minyak bersama-sama dengan lada hitam. Kemudian bahan ini diblend halus dan dituang ke dalam periuk.
3. Biar sehingga sup mendidih dan tambah air jika daging masih belum empuk. Perasakan dengan garam.
4. Setelah empuk, sediakan bahan B. Panaskan minyak kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih dan halia. Apabila bawang agak kekuningan, masukkan seikat daun pandan ke dalamnya. Kacau sebentar dan kemudian tuang kesemuanya ke dalam periuk sup. Kacau sup kemudian tudungkan periuk dan bolehlah ditutup api untuk dihidangkan.
Tabur bawang goreng, daun bawang dan daun sup jika suka.

25 April 2008

Makaroni Sup

:: yang ini takde ayam ::

:: yang ini ada ayam, dari lebihan tulang ayam saya carik-carikkan isinya ::

::
---------------<>---------------
::
Semalam saya buatkan makaroni sup untuk gathering Yusra n her friend..wahh..kalah mama! mama pun tak pernah attend mana2 gathering before..tapi di rumah saja. Lepak, main and do some homework..ada jugak order pizza utk derang, belikan donut dan buatkan muffin coklat.
Tapi untuk makaroni sup nie, saya guna basic resepi dari forumer LVgirl. Thanks LV. Berbaloi saya mencuba..the recipes was great! laju jer bebudak tu makan..
Tak ada exact resepi sebenarnya. Buat lebih kurang ja.

::
::
Makaroni Sup

::
Sup/
1 ketul rangka tulang ayam [boleh kerat beberapa bahagian]
air [bergantung]

::
Cara-cara :-
rebus rangka bersama-sama air sehingga mendidih. Renih dgn api yg perlahan. Ketepikan.

::
makaroni, direbus dan ditoskan
2 btg fishcake, dihiris
6 biji fishball, dipotong 4 setiap biji [kes fishball tak cukup, hehe]
semangkuk udang, dikupas dan tinggalkan ekor shj
sayur sawi, kerat
5 ulas bawang putih, diketuk
2" halia, dihiris
garam secukup rasa
2 kiub pati ayam
lada sulah
minyak bijan

::
::
Cara-cara :-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih dan halia. Tumis hingga kekuningan.
2. Tuang stok ayam tadi. Kuantiti terpulang samada mahukan banyak atau kurang. Bergantung kepada berapa orang nak makan.
3. Masukkan kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Setelah agak mendidih, masukkan segala fishball, fishcake dan udang. Jika anda mahukan lebih variety, boleh aje masukkan bahan-bahan suki lain mcm yg biasa kita makan steamboat tu. Lepas tu masukkan sayur-mayur.
4. Bila sup mendidih, percik minyak bijan.
5. Untuk menghidang, masukkan makaroni ke dlm mangkuk dan tuang sup. Hiaslah dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng mahupun cili jeruk. Selamat mencuba.