14 April 2009

Cupcake Vanilla



Cuppies ini saya buatkan untuk sepupu saya yang nak bertunang esok. Belum mekap apa pun lagi sebab nak bawak balik ke Penang. Nanti dah sampai di sana, baru lah nak mulakan operasi. Lagi pulak majlis tunang tu akan diadakan sebelah petang selepas Asar. Jadi tak perlu lah rasanya nak deco awal-awal. Cuppies ni memang moist dan sedap. Saya letak filling bluberi di tengahnya supaya rasa tu lebih umphh! hehe..

KEK CAWAN VANILA
kuantiti : 38 - 40 pcs size S

Bahan-bahan :-
250 gm mentega
230 gm gula kastor
250 gm tepung naik sendiri, diayak
5 biji telur size A/B
1/4 cwn susu segar UHT
1 sdt esen vanila

Optional - filling bluberi, kiwi, strawberi dsb.

Cara-cara :-
1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan bertukar warna.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi. Masukkan esen vanila.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu. Tuang sehingga habis.
4. Kaup balikkan adunan tadi supaya rata dan sebati. [Jika menggunakan mixer, guna kelajuan yang paling rendah].
5. Akhir sekali, cedukkan sesudu adunan ke dalam cawan kertas kemudian bubuh 1/2 sdt bluberi filling di tengahnya dan kemudian cedukkan lagi sesudu adunan dan letakkan di atasnya.
6. Ulang proses sehingga habis ke semua adunan dan bolehlah dibakar dengan suhu 170' C selama 20 minit atau sehingga masak.




Thanks to my best friend Siti Noraini for sharing this recipe!!