Pergi pasar tadi terus capai 2 ikat sayur kailan. Dalam hati rasa tak sabar nak makan. Ye lah, sebab dah lama tak makan kailan goreng. Nak masak pun simple saja, tumbuk beberapa bawang merah dan bawang putih bersama-sama 3 biji cili merah. Kemudian tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Tuang sos tiram sket. Masukkan anak-anak udang kertas [orang panggil udang sayur] ke dalam kuali dan tumis lagi. Masukkan batang kailan terlebih dahulu kasik dia lembut dan sedikit air jika perlu. Akhir sekali baru masukkan daunnya yang dihiris-hiris lebar tu gaul sekejap dan perasakan dgn garam. Siap!
12 March 2009
Kailan Goreng Bercili
Pergi pasar tadi terus capai 2 ikat sayur kailan. Dalam hati rasa tak sabar nak makan. Ye lah, sebab dah lama tak makan kailan goreng. Nak masak pun simple saja, tumbuk beberapa bawang merah dan bawang putih bersama-sama 3 biji cili merah. Kemudian tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Tuang sos tiram sket. Masukkan anak-anak udang kertas [orang panggil udang sayur] ke dalam kuali dan tumis lagi. Masukkan batang kailan terlebih dahulu kasik dia lembut dan sedikit air jika perlu. Akhir sekali baru masukkan daunnya yang dihiris-hiris lebar tu gaul sekejap dan perasakan dgn garam. Siap!
Resepi Orang Malas! ahaks
09 March 2009
My Homemade Serabai
SERABAI
Bahan-bahan :-
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 sdb gula
1/2 sdt garam
1/2 sdt yis segera
1 cwn air
1/2 cwn santan pekat
Cara-cara :-
1. Satukan tepung gandum dan tepung beras kemudian masukkan garam, gula dan air. Gaul sehingga sebati kemudian masukkan yis kering. Gaul lagi kemudian perap selama beberapa jam.
2. Setelah adunan diperap, keluarkan dan tuang santan. Kacau-kacau sedikit dan adunan sedia untuk digunakan.
3. Panaskan acuan serabai, oles sedikit minyak masak dan tuang sesenduk adunan kemudian tutup dengan tudung periuk. Biar sehingga berongga dan serabai masak, boleh diangkat.
4. Serabai sedia untuk dihidangkan.
Nota :-
Masa pertama kali buat, saya campurkan kanji di mana tepung beras itu saya asingkan 2 sdb kemudian di masak bersama dgn 1/2 cwn air. Kacau hingga likat kemudian dicampur pula dgn adunan tepung dan diperap. [Saya rujuk resepi ninoZ]
Untuk kedua kali pula [pagi tadi] saya sengaja tak masukkan kanji untuk nk lihat kesan serabai. Tapi tiada apa-apa tanda. Serabai jadi mcm biasa saja. Pendapat saya, kanji mungkin melembutkan serabai. Ini kerana, serabai yang saya buat kelmarin petang, masih lagi lembut sampai ke malam.
Salam Maulidur Rasul 1429H
07 March 2009
Mufin Pisang Coklat Cip & Kismis
06 March 2009
Terbaru!
Buku Chef Anuar dah ada dalam genggaman..hmm..mcm tak pueh hati lagik nie..belek punya belek jumpa dengan buku terbaru Chef Sabri. Wahhh apa lagik..sambar laa nak tgk isi-isi dalamnya..hmm..puas hati jugak lah! Serba serbi maklumat ada dalam buku nie. Kalau nak tahu, kena laa beli sendiri yea. Beli cepat sebab ada diskaun sekarang..hikhikhik
Nasi Beriani Udang
Layan gambar udang dulu ekk..hehehe
Sambal Belacan Kuinin
Kalau dapat buah kuinin masak ranum, memang inilah yang saya akan kerja kan..hehehe..
Sambal belacan nie nak buatnya mcm sambal belacan biasa saja cuma racik isi kuinin dan gaul sebati. Kalau dapat sambal belacan kuinin nie, gu pulak dgn ikan masin..perghhh...bertambah-tambah nasik boleh hadap..hikhikhik..
05 March 2009
My 'khazanah' my 'reta'
Nak kata ke semua resepi dah dicuba itu tidak lah..cuma saya suka lihat resepi yang ada dan bandingkan dengan resepi yang lain. Jikalau cuba pun saya akan olah sedikit mengikut citarasa sendiri. Itu bab kalau rajin..kalau bab malas pulakk..jangan harap laaaaaa nak belek-belek buku tu semua..dok tersepok laa dalam laci tu seme! hikhikhik..Alih-alih kat internet jugak laaa saya godek! huhuhu..
02 March 2009
Serabai
Ekceli saya teringin nak buat sendiri sebab acuan pun dah lama beli tapi malas giler la pulak plus dengan resepi yg dok ada ni pun mcm ntah betul ke tidak. Bila tanya kat orang yg biasa buat, jawapan skema yang keluar mulut ialah "ala..senang jer, buh tu..buh ni..agak-agak jer..aku pun takde resepi betui sgt..aku pun agak-agak jer"..hmmm..tension kan?!! Baik aku beli..lagik pueh hati! hahahaha...
Pokok GHARQAD
Nabi Muhammad saw telah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari Muslim dan al-Tirmidhi yang bermaksud " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu [tentera] Yahudi akan dibunuh oleh [tentera] Islam sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan berkata " wahai muslim, wahai hamba Allah, dibelakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya, " kecuali POKOK GHARQAD [yang tidak bersuara] kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah, pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang tentera Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama GHARQAD.
Setakat yang diberitakan, bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok GHARQAD secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai satu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi laknatullah sebenarnya memang tahu dan sedar akan kebenaran Islam dan hadis Nabi Muhammad saw. Keegoan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.
Ramai juga bertanya tentang bagaimana rupa pokok GHARQAD. Ada yang menyatakan bahawa ianya ialah pokok krismas, dan ada pula yang menyatakan ianya adalah pokok rhu, kaktus dan sebagainya. Moga gambar yang dipaparkan ini dapat menyelesaikan kekeliruan kita tentang pokok GHARQAD. Dan yang pasti, pokok ini tidak sesuai di tanam dan tidak tumbuh di negara kita kerana keadaan iklim yang tidak mengizinkan. Wallah ulam.
27 February 2009
Mee Goreng Chin Chai
Uishhh nama!! hahahaha...
sesaje je adjust spelling..cincai sebenornya..ahaks..
Mee goreng nie dah nama pun cincai kan..so cincai-cincai je cara nak masak pun..
even bahan pun cincai-cincai je saya taruk..wakaka..
Ketuk barang 2-3 ulas bawang merah dan bawang putih..lebih sket pun takpa..ketuk jgn lumat, agak-agak kasar gitu..pastu tumis laa..dah garing masukkan cili boh..kacau sampai pecah minyak dan wangi, tuang sos tiram dan sos tomato. Tambah air sket jika suka berkuah. Masukkan sotong, udang, daging dsb yang disukai dan sayur sawi. Perasakan dengan garam dan gula. Dah mendidih masukkan tauhu goreng yang dipotong dadu or ikut suka hati korang lah dan jugak mee. Kalau suka taugeh, masukkan skali. Gaul-gaul sekejap kasik mesra alam gitu..dahh siap! Nak cantik tabur ler bawang goreng, cili potong dan serba serbi daun sup/daun bawang.
Kalau dapat stok udang lagik best. Tapi ini kan mee chin chai..so patut-patut laa..hahaha..
26 February 2009
Kek Marble Trio Mat Gebu
Sekarang nie macam malas nk baking-baking. Rasanya last oven berasap pun masa buat muffin coklat kot. Itupun bulan sudah. Hmmm..kali nie nak cuba resepi kawan siber kita yg pemes tu plak En. Ah Mat Gebu. Geram jugak bila dapat feedback dari kawan-kawan yang dah cuba. Semuanya cakap sedap! Bahan-bahan semua dah ada cuma strawberry emulco je yang tak ada. Jadik, saya bedal guna apa yang ada di rumah saja lah. Strawberry tu saya gantikan dgn blueberry paste campur pewarna sket. Masa tengah bakar tu memang wangi semerbak sebab blueberry paste tu. Ambil masa jugak nak membakarnya. Hampir 1 jam kot. Tak kisahlah janji kek dah siap dan sedia untuk di ngap! Apa pun terima kasih kepada tuan punya resepi ini yea.
24 February 2009
23 February 2009
Kari Udang
Udang lagikkkk..! hahahaha..nak wat camno..nak habihkan stok udang je..
Kali nie masak kari plak. Bahan-bahan tumis tu malas benor nak hiris jadik belasah tumbuk sampai lunyai je..hihihi..rempah plak kita guna rempah udang, ketam dan ikan kering ADABI. Tambah 1 sdb rempah ikan dan 2 sdb cili boh. Masak mcm masak kari biasa ler plus serai 2 btg diketuk. Depa kata bubuh ubi keledek laa sedap tapi takdak ubi keledek kita hentam bubuh ubi kentang. Jadik jugak kari udang kan..kan..hihihi..
Kupang Sambal Tumis
22 February 2009
Sambal Tumis Udang & Terung Pipit
Terung pipit nie dah beli 2 hari sudah..tapi tak terjalan projeknya sebab tak ada udang yg seswai. Udang yang sedia ada kat umah nie besor sgt so tak seswai la. Kebetulan semalam pegi pasar besor Shah Alam kat SS6 tuu so borong laa udang sket sebab memang hajat nak masak sambal tumis dengan terung pipit. Dah lama tak makan terung pipit gu dgn sambal tumis.Style saya wat sambal tumis simple saja..blend 2 biji bawang besor, 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, sedikit belacan dan 5 sdb cili boh buatan sendiri..hehe..blend halus dgn sedikit air kendian tumis laa sampai masak dan pecah minyak. Dah pecah minyak bagai, masukkan air jus asam jawa dgn sedikit air. Didihkan sebentar kemudian perasakan dgn garam dan gula. Dah mendidih baru masukkan udang dan terung juga hirisan bawang besor yang dipotong gelang. Mendidih kejap je pastu kacau sebentar then boleh tutup api dah.
Happy Birthday to Izzah & Rania!


Walaupun aunty tak boleh nak pergi ke party korang..mummy korang tetap gagah jugak datang ke umah hantar cuppies yg sedapp terangkat dgn party bag bagai! Thanks a lot yea ct..dah laa the day before ko hantaq pulut kuning and rendang! Alahai...untung dapat kawan sebaik ko ct..yg memahami daku seadanya..cewahhh..
20 February 2009
Puding Raja......again!
Masa mula-mula belajar makan puding raja ni saya pun tercarik-carik jugak resepinya dalam internet. Nak mintak resepi dengan kawan yang kasik tu segan laa pulak. Jadi saya cuba cari sendiri dan buat beberapa kali sampai dapat result yg lebih kurang mcm yang kawan saya kasik tu. Of course laa mula-mula tu fail, tapi sebab seme family saya pun suka..nak tak nak kena lah try and error beberapa kali. Ada beberapa resepi yang saya jumpa antaranya dari moknik dan satu dari majalah. Style moknik sebijik mcm puding tau, means tidak cair..cantik kalau bubuh dlm bekas kecik-kecik. Bila nak makan, scoop aje. Tapi saya lebih suka puding yang cair. Oleh itu, saya olah beberapa resepi yang ada dan buat ikut suka hati..hahaha. Kalau korang nak cuba, korang bandingkan dulu resepi-resepinya. Jika suka cair mcm saya, lebihkan susu dan kurangkan kastad begitulah sebaliknya. Kena pandai rasa dan adjust bila perlu.
Puding Raja
sumber : moknik FnR
Bahan-Bahannya :-
15 biji pisang lemak manis/pisang tanduk separuh masak
6 keping jala mas
buah ceri merah/hijau
1 cawan tepung kastad - ditapis
750 ml air
2 ¼ cawan susu segar dutch lady
1 cawan gula castor
2 bii telur merah
1 sudu esen vanila
sedikit garam
Cara-cara :-
1. Pisang digoreng dengan minyak hingga brown.
2. Campurkan semua bahan kastad, susu segar, air, gula, telur dan garam ke dalam periuk dan pukul sebati.
3. Masak di atas api sederhana, kacau agar tidak berketul hingga likat.
4. Angkat dan curah dalam bekas.
5. Atur pisang secara tanam/tekan hingga hampir dasar bekas.
Bahan-bahan :-
15 biji pisang emas, masak dan segar
1 tin susu cair
250 ml air
4 sdb tepung kastad, dibancuh dgn sedikit air
5 sdb gula
1 tin buah campuran, buang air sirapnya
100 gm buah prune kering
minyak utk menggoreng
1/2 sdt garam
Cara- cara :-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang sehingga perang. Masukkan ke dalam mangkuk kaserol.
2. Tabur buah prune ke atas pisang tadi. Ketepikan.
3. Masukkan susu cair, air, tepung kastad, gula dan garam ke dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan tidak berketul.
4. Kemudian tuang ke atas pisang tadi. Tabur buah campuran ke atasnya.
5. Sedia dihidangkan. Boleh juga tabur kuih jala emas di atas.
16 February 2009
Sotong Pattaya
cara nak buat dia simple jek
pastu tumis jek dgn minyak masak+ minyak bijan sket. once naik bau, just masukkan sos tiram sket, sos tomato sket , sos cili sket and adjust garam n gula to taste..





